Tuesday 6 December 2011

Teknik Renjaman Lembing

Gaya rejaman lembing terdiri daripada empat fasa utama seperti yang berikut:
·         Fasa persediaan
·         Fasa lari landas
·         Fasa renjaman
·         Fasa ikut lajak

1)  Fasa Persedian
Fasa ini memberi fokus kepada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan menentukan kedudukan lembing serta persediaan mental.

Butiran Mengajar :
Ø  Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan selesa.
Ø  Pegang lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa.
Ø  Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan bersudut 40 darjah.
Ø  Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke arah kawasan rejaman.
Ø  Pandang ke arah kawasan rejaman.


2)  Fasa Lari Landas
Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan larian yang maksimum dan dalam keadaan terkawal.

Butiran Mengajar :
Ø  Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras kepala.
Ø  Tingkatkan kelajuan untuk mewujudkan daya pecut secara terkawal.
Ø  Langkah terakhir lebih besar daripada langkah-langkah sebelumnya.
Ø  Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya kuasa larian dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman.

3)  Fasa Rejaman
Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke lembing untuk memberi kelajuan yang maksimum pada rejaman.

Butiran Mengajar :
Ø  Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ke tanah, kilaskan badan ke sisi.
Ø  Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan kuasa rotasi pinggang.
Ø  Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke hadapan untuk melancarkan lembing.
Ø  Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang untuk menambahkan kuasa rejaman.

4)  Fasa Ikut Lajak
Penyerapan daya dan menstabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting.

Butir Mengajar :
Ø  Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak ke hadapan dan mendarat dengan sebelah kaki.
Ø  Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi.
Ø  Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilkan kedudukan badan.
Ø  Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkungan bulatan.

No comments:

Post a Comment