Tuesday 6 December 2011

Teknik Larian

1.    Berlari pada lorong di bahagian dalam
Pelari harus berusaha berlari di lorong paling dalam supaya jarak tidak berlebihan berbanding berlari di lorong luar.

2.    Mngekalkan Kepantasan
Selepas melakukan larian dengan baik, pelari hendaklah mengekalkan kepantasan yang sama sepanjang larian.  Walaupun pelari keletihan selepas jarak tertentu, namun dia harus berusaha mengekalkan kelajuan itu sehingga tamat larian dengan menyimpan sedikit tenaga untuk meningkatkan larian pada akhir perlumbaan.

3.    Berlari mengikut rentak dan cara sendiri
Jangan sekali-kali berlari mengikut rentak lawan untuk acara jarak jauh kerana pelari sendiri akan terperangkap dan mungkin tidak dapat menamatkan larian.

4.    Menyimpan tenaga
Pelari harus bijak berlari tanpa menggunakan tenaga yang banyak sehingga gagal meneruskan larian disebabkan keletihan, kehausan dan ketiadaan tenaga.

Lari Berganti-ganti

Gaya Dan Teknik Penukaran Baton
  • gaya selang seli tanpa pandang, gaya selang seli cara pandang dan cara pandang.
  • terdapat 2 teknik penukaran baton iaitu teknik bawah-atas dan atas-bawah.
  • dalam gaya selang seli, aliran baton adalah kanan-kiri-kanan-kiri.
Aliran Penukaran Baton
  1. Pelari pertama membawa baton dengan tangan kanan.
  2. Pelari kedua berdiri di bahagian luar lorong, menerima baton dengan tangan kiri.
  3. Pelari ketiga berdiri di bahagian dalam lorong, menerima baton dengan tangan kanan.
  4. Pelari keempat berdiri di bahagian luar lorong, menerima baton dengan tangan kiri.

Contoh Macroteaching Pendidikan Jasmani

Pergerakan Kreatif

Teknik Lompat Jauh

Teknik Renjaman Lembing

Gaya rejaman lembing terdiri daripada empat fasa utama seperti yang berikut:
·         Fasa persediaan
·         Fasa lari landas
·         Fasa renjaman
·         Fasa ikut lajak

1)  Fasa Persedian
Fasa ini memberi fokus kepada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan menentukan kedudukan lembing serta persediaan mental.

Butiran Mengajar :
Ø  Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan selesa.
Ø  Pegang lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa.
Ø  Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan bersudut 40 darjah.
Ø  Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke arah kawasan rejaman.
Ø  Pandang ke arah kawasan rejaman.


2)  Fasa Lari Landas
Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan larian yang maksimum dan dalam keadaan terkawal.

Butiran Mengajar :
Ø  Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras kepala.
Ø  Tingkatkan kelajuan untuk mewujudkan daya pecut secara terkawal.
Ø  Langkah terakhir lebih besar daripada langkah-langkah sebelumnya.
Ø  Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya kuasa larian dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman.

3)  Fasa Rejaman
Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke lembing untuk memberi kelajuan yang maksimum pada rejaman.

Butiran Mengajar :
Ø  Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ke tanah, kilaskan badan ke sisi.
Ø  Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan kuasa rotasi pinggang.
Ø  Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke hadapan untuk melancarkan lembing.
Ø  Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang untuk menambahkan kuasa rejaman.

4)  Fasa Ikut Lajak
Penyerapan daya dan menstabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting.

Butir Mengajar :
Ø  Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak ke hadapan dan mendarat dengan sebelah kaki.
Ø  Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi.
Ø  Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilkan kedudukan badan.
Ø  Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkungan bulatan.

Gimnastik Artistik

Gimnastik artistik sering dianggap sebagai aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti pergerakan menjadi yang baik dan sempurna di kalangan murid sekolah.

Terdapat enam pola pergerakan dalam gimnastik artistik iaitu: pola pendaratan, pola statik, pola gerak edar, pola putaran, pola imbangan dan pola ayunan.

Pola gerak edar telah dipilih sebagai contoh untuk menghuraikan keempat-empat peringkat yang terdapat dalam kemahiran asasnya.

Pola gerak edar mementingkan kualiti pergerakan dari satu tempat ke satu tempat dengan pelbagai cara. Contohnya, berjalan, berlari, skip, gelongsor, bergayut dan berjalan dengan tangan. Pergerakan ini dipengaruhi oleh masa, daya dan aliran.

Kemahiran bola tampar

Kemahiran Bola Tampar  : Smesy / Merejam


Merejam bola merupakan pukulan serangan atau rejaman dalam permainan bola tampar.  Untuk merejam bola, anda seharusnya melompat dengan tangan melepasi jaring.  Merejam bola bertujuan memukul bola dengan sekuat mungkin ke bawah supaya ia terjatuh di gelanggang lawan dan gagal diselamatkan oleh lawan.  Mengikut beberapa kajian yang dibuat di Jepun, bola yang direjam oleh seorang perejam yang baik mengambil masa 0.33 saat untuk tiba ke garisan belakang gelanggang lawan.  Ini bermakna kelajuan bola tersebut adalah kira-kira  90km/jam – kelajuan yang sama dengan purata kelajuan kenderaan di lebuh raya di negara kita. 

Rejaman bola boleh dibahagikan kepada  empat peringkat seperti berikut :
  1. Penujuan ke jaring.
  2. Lonjakan.
  3. Pergerakan badan di udara sebelum aksi memukul bola.
  4. Aksi pukulan bola

Latihan Merejam Bola –  Secara Ansur Maju

1.      Lompat setempat dan tangan menyentuh satu tanda yang ditetapkan di palang gol.
2.      Perlahan-lahan lari 3 langkah – kemudian melompat (dua belah kaki) dan menghayun tangan untuk menyentuh tanda di palang.
3.      Sama seperti No.2 – kali ini lompat dan cuit bola yang dilabung kepadanya.
4.      Sama seperti No.3 – pukul bola  dengan kuat.  (Tinggi jaring boleh dikurangkan (direndahkan) di peringkat awal dan ditinggikan apabila teknik melompat bertambah baik.)

Saturday 19 November 2011

Pengajaran Mikro

Pengajaran Mikro merupakan satu latihan amali untuk guru pelatih bagi mempraktikkan segala teori dan kaedah yang telah dipelajari. Ia juga merupakan satu syarat yang mesti dipenuhi oleh guru pelatih yang mengikuti kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru.


Pengajaran Mikro secara praktik yang dipermudahkan dari segi skop dan cara mengendalikannya. Terdapat 3 aspek yang diperkecil dan dipermudahkan iaitu:
  1. Saiz kelas hanya 5 hingga 8 orang
  2. Masa mengajar yang pendek, 5 hingga 10 minit.
  3. Kemahiran mengajar ditumpukan kepada satu kemahiran sahaja.                                                                                                             
Pengajaran Mikro dapat menyediakan peluang kepada guru pelatih untuk menjalani latihan amali dalam situasi mikro yang lebih mudah dan menguasai dan meningkatkan kemahiran-kemahiran pedagogi satu persatu secara sistematik.  Selain itu guru pelatih juga dapat mengkritik diri sendiri, dan mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang berlaku semasa mengajar. Melalui Pengajaran Mikro, guru pelatih dapat mengambil langkah untuk mengatasi kelemahan yang telah dikenal pasti dan seterusnya memantapkan keyakinan diri untuk mengajar dengan berkesan  dalam bilik darjah.

Pengenalan KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.


Melalui KSSR, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru akan dilatih untuk KSSR. KSSR diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.


Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.


KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.


Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.